Thursday, December 30, 2010

piaLa..




tahniah..
tahniah..
tahniah..

tahniah syabas buat pasukan MALAYSIA ku yang terchinta..
kerana telah bersusah payah berjuang demi PiaLa suzuki yang unggul untuk negara terchinta
waaa....
memang hebat la rentak permainan sep2 malaysia main..
sape hok minat dan berjiwa meminati bola
mesti mangat gilew kan korang tgk bola
mesti duk depan kali opp?

aku rasa berbaloi la sape g tgk bola
kat stadium bukit jalil baru2 ni.. (26 dis 2o1o)
bak kata mijie..
3o hinggit untuk 3 goaL
terbaik ar awok2 ni..
besh ar..malaysia jaringkan goal sederet 3 kali
sedap molep tgk muka markus bengang..haha
paling dop tahan masa ye kena laser
tekang molep g ngadu ke refree..huhu

dan semalam 29 dis 2o1o
permainan kedua d jalankan
sbb piala ni main liga "home and away"
so satu main kat malaysia satu lagi kat indondesia
kat indon main kat stadium GELORA BUNG KARNO

masa main kat indon ni..
aku xnapok pom penyokong malaysia lam stadium tu
fully ngan penyokong indon jew hok aku napok la
xtaw takut aku ni rabun..tp pakai spec daa masa tgk perlawan tu
hahaha

tp pape pom..
pertahanan dari khairul fahmi mmg mantap ar..
tp terkilan gak ar
sbb muslim silap g tanduk masuk gawang sendiri
aku perasan pom bila berita kat tv9 pgi tadi
skill tgk berita kat tv9 lenim..ha ha ha


btw...naseb kita baik walaupom tewas 2-1
kita tetap menang dengan agregat kita 4-2..







Tuesday, December 14, 2010

wahai perempuan..

4 gOLOngan ahLi nEraka

:: gOLOngaN pErTama ::
perempuan yang sering menyakiti hati suaminya dengan kata-kata keji

:: gOLOngaN kEdua ::
perempuan yang selalu menyusahkan suaminya dengan perkara yang tidak tertanggungnya pendapatan suaminya

:: gOLOngan kEtiGa ::
perempuan yang tidak suka menutup aurat dari di pandang lelaki yang bukan muhrim

:: gOLOngan kEempAt ::
perempuan yang tidak gemar beribadah ALLah s.w.t bahkan tidak taat kepada suaminya

Wednesday, December 8, 2010

1 malaysia 1 ummah

salam maal hijrah 1432

Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.

Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa 'ada' yakni duduk.

Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.