Monday, December 24, 2012

SORRY





SORRY!
BLOG NI TELAH DI TUTUP :)
BIAR IA BERSEMADI BERSAMA KENANGAN..

p/s : starting with new life,
new blog :)



dugaan hidup,
selembutsalju

Monday, July 2, 2012

Congrates Spain, SOrry Italy , EURO 2012

pukul 11pm lebih nak ti do kejap lepas update pasal besday epy
tapi lepas tu jugak mesej mizie masuk
baru balik dari OT <--- income masuk maaa*
dia cakap tempat yang kita suh orang tu try apply kerja

selepas kemengantukan telah berpindah ke tahap gaban
maka amik la segala bantal,bantal busuk dan selimut di dalam bilik
maka bernomad la ke ruang tamu
serius tak boleh tido sebab awak jahat
wahai NYAMUK yang durjana

setelah alarm jam berbunyi bernyanyi girang dan cemerlang
maka bangun lah diri dalam terpaksa yang mengantuk
cepat cepat amik telefon message/call my beloved lovely boyfieee *terlebih pulakk!*
mesej 2 3 kepim tak reply..
apalagi kita serang la call banyak2 kali macam alarm jam tak tutup
hahahahha
finally, he pick up and mesej kejapp 1s half time..
tetiba senyaap..
dah confirm pergi alam mimpi balik..
penat kot tolong membe dia pindah barang ke rumah baru..
lepas tu nanti pagi esok ada yang bangun lambat lagii

tengok match dengan mata yang tak berapa nak buka
terus minum air 100+ dan makan nugget.haha
13 minit pertama gawang italy telah di bolosi oleh Silwa
berselang 11 minit (minit ke-24) kemudian kad kuning telah di hadiah kan kepada Pique
sebelum tamat separuh masa pertama,
minit ke 41, Jordi Alba menyumbat lagi gol terakhir wisel di bunyikan..
60% bola di kawal oleh Spain

dah break half time..apa lagi
cepat2 pergi ke dapur
goreng ayam fillet farm best dengan wedges..
sebat sorang2..haha


separuh masa ke 2 bermula dengan jayanya..
hampir 80% bola di kuasai oleh Spain sepenuhnya
pertukaran pemain bermula pada minit 58 Silwa out pedro in
pertukaran pemain di lakukan lagi pada minit 75 Torres in Fabregas out
Torres mengeggarkan gawang gol italy pada minit ke 83 (not sure,haha)
seterusnya Iniesta out Juan in
dan terus di bolosi oleh Juan Mata pada minit 88

maka terjulang la trofi juara buat SEPANYOL :)
semua penyokong sepanyol bersuka ria
dan penyokong italy bermuram durja..
dapat dilihat dengan riak air muka yang di tonjolkan oleh pemain pemain italy itu sendiri..
berakhirla segala penantian EURO 2012 bagi tahun ini
moh la kita beramairamai beradu ke alam mimpi..
jangan terlepas SUBUH sudaaa :)

# sepanyol 4 italy 0
11 vs 10

tertiba encik boyfiee call
pukul 5pagi dah siap mandi..whooaa..awal gileee..
ke awak menagis dalam bilik air tapi cover2..hehehehe ;p


walau awak sokong italy
saya sokong sepanyol
sayang saya tak pernah berubah..
I LOVE U..

p/s: sorry kalu ada info or ada tersilap update :)

yang tulus,
selembutsalju~

Sunday, July 1, 2012

FINAL EURO~

..SPAIN VS ITALY..
menunggu masa untuk bertemu dengan encik tv3
2.45am..

cik alarm sila bernyanyi dengan nyaring..
nak kejutkan encik H yang liat menonton bola bersama saya :D == muka comel *tetiba* haha..
sila bangun yee..
jangan nak buat muka menyesal macam hari tu..ok nite
tido dulu bangun balik sebelum match nanti! :)

yang merapu,
selembutsalju~



Welcome July, Welcome 22. Thankyou sayang :)

NURSYAFIRAH FAUDZI
anak kedua dari tujuh orang adik beradik
anak kelahiran selangor
budak yang sangat gojess sehingga telah bertukar menjadi GAJUS..haha!

seorang yang cute.
sangatsangat jujur..kadangkala kalu bagitaw rahsia kat dia confirm kantoi..haha
memiliki pipi yang gebu dan chantekk seperti kuih pau yang baru masak..
pipi dia favv saya untuk di cubit dan di cium..haha!
berkulit cerah berbanding dengan saya yang sangat gelap masa depan..hewhewhew
memiliki hati yang sangat halus serta tulus mulus lagi kudus..

telah mengikat ikatan persahabatan dari jun 2008 sehingga nafas terakhir, INSYA ALLAH :)
berkenalan di dalam sebuah bilik di Kolej Kediaman Alamanda, Kelang Lama
menuntut di Uitm Kampus Beringin dan bersamasama
berpindah ke Uitm Kampus Puncak Alam.

menempuh segala sukaduka pahitmanis perjalanan di Uitm
sehingga dapat naik pentas walaupun kami bukan model
lalu dapat mengenggam segulung skrol DIPLOMA IN NURSING
finally, segala penat lelah peluh keringat terbalas.

dan sekarang kami masih menggangurkan diri kami
encik encik tuan tuan puan puan serta yang terlibat..
bukalah mata kalian..
amikla kami berkerja serta mencurahkan bakti kami di hospital anda..hewhewhew ;p

BTW im sorry dear..
perfume yang awak request tu takde pun pictha dia..
ke aku yang xtaw..hahaha
(cik epy req sebab jeles MR.H dapat perfumee.. sobs sobs sobs)



the last but not least..
she is strong women!
dia boleh buat apa apa sajaa (nyanyi gaya najwalatiip yaa)
in relationship with ALLAH & FREEDOM



dear epy,
terima kasih menjadi kawan yang terbaik untuk kaklong
terima kasih sudi kongsi segala suka duka dengan kaklong
terima kasih selalu ada untuk kaklong bila kaklong ada probss
terima kasih menerima buruk baik kaklong dari mula kenal sapai hari ini
terima kasih kerana tak pernah jemu jemu menasihati kaklong walau
menda tuh di ulang ulang beribu kali
terima kasih untuk tempatkan kaklong di suatu sudut hatimu
terima kasih, terima kasih, terima kasih sayang :')


ku titip doa buatmu sahabat,
walaupun jauh beribu batu
namamu tetap dihatiku yang satu!



yang merinduimu,
selembut salju, kaklong :)

ku utus rindu buatmu, hye 24!

26 jun 2012..

hari2 duk membilang hari,
conteng kalendar, alarm dalam hp.. (ok ini tipu! haha )
dah malam tu dah satndby tidotido ayam.. kroiih kroiih..
and 11.45 pm..bangun tetiba dengar la muzik dentum mendentum..

haishhh malam ni hujan petir-petir bagaibagai..
hati merontaronta nak telefon..
hai nak pekak awal ON CALL la time petirpetir cenggini!
ok kuburkan hasrat yang murni lagi tulus lantas menyambung tido yang lena~..

27 jun 2012

sorry, tahun ni kita lambat wish besday awak, bukan tak ingat, bukan taknak wish..but so sorry!
macam biasa mesej kejut kan bangun pagi
kerana keliatan memang terserlah sangatsangat..haha (like me too !)
mesej tak berbalas.call tak berangkat..ayuh..usah berputus asa!
call lagi lagi lagi lagi lagi dan dengan kepenatan dia menjawab dengan suara bangun tidoo..huhs
seksa jiwa raga tak berapa dengar bila ON CALL dengan orang mamai..


kita cakap nak jupe dia sekejap..
lokasi di rahsiakan..hehe
kita bagi dia hadiah..hadiah simple jee..
naseb dia sukaa.. <3 !
tapi taktaw la dia sajesaje kata sukaa, sebab nak jaga hati kita je kaaan..
lepas tu kita bagi dia paper bag pics teddy bear yang tulis JUST FOR YOU!
penat mencari membelek paper bag untuk..haiiii
dalam paper tu ada mendaa ini..


Tadaaa....



+

sepucuk surat cinta yang ayat tak berapa nak berbunga bunga riang

dah lepak lepak sembangsembang kejap..
apa lagiii cabut balik laaaa..hehehehe :)

saya akan cuba ada di sisi awak..
walau dalam apa pun keadaaan..
INSYA ALLAH saya cuba..



#sorry xada cake..maybe next time..1 slice SR jela,hehe :)


yang ikhlas,
selembut salju~
..i'll be stay with u,insya allah..

Monday, April 30, 2012

finally!

Assalamualaikum!
hye readers :)
finally,
encik blogger bagi saya update
huhs..
berzaman kot tak update.
dengan lappy rosak xleyh bukak
sebulan on fb guna hp..huhs..
dahsyat dahsyat..

and the best moment is..
i got the new novel,
selepas aksi pujuk memujuk..haha

CINTA TIADA AKHIRNYA
BY
FAUZIAH ASHARI
kesinambungan OMBAK RINDU
huhu

IZZAH & HARIZ..

#kalu aku jadi penulis novel..
1st novel mesti tajuk
Aa+Hh..

huhu ok bhai!

yang tulus
selembutsalju!


Tuesday, January 10, 2012

solat itu tiang agama :)

Assalamualaikum
hye readers!




sharing is caring..
~selembutsalju!

thank yOU .. :)

Assalamualaikum
hye readers!


saya cuma nak ucapkan terima kasih
kepada  mama saya, sahabat handai &   En Love kerana
mengingati tarikh keramat penambahan usia ku ini.

thanks mama for  makanan idaman saya
pizza ultimate chessy
thanks ayahsu for  durian free!! (actually dia xigt pom) sedeyh aku!
hehehe :)
thanks for  En Love temankan saya amik angin kejap

A lot  of  LOVE 
especially for my beloved friend::
athirah rosman yang tak pernah lupa ** terharu **
epyepi
adik cikin
nik nur
roja
zue
amie
judin
lieya
usop
sue
izzi jusoh
jasz cik virus

thanks being my friends..


dari hati kecilku
~selembutsalju!

Wednesday, January 4, 2012

03012012


Assalamaulaikum
hye readers!

selamat kembali ke sekolah adik adik yew..
belajar rajin2 taw..




semalam adik beli koko crunch
and then dapat cd animal planet..
ad kuiz jawab soklan tentang animal..best..

adakah anda taw????
dugong adalah mamalia yang tak makan ikan
octopus ada 3 heart..
alligator amerika lebih panjang dari alligator china
semuanya ada dalam animal planet..hehe :)


salam sayang
selembutsalju!

Monday, January 2, 2012

salam 2012





jawab tagged yang di pinta dari
AFIF glamour..HEHE







11 perkara yang MENYERONOKKAN tahun 2011

1. saya dah kuar dari UITM puncak alam dengan segulung diploma.
2. mama dapat tengok saya konvo secara live.. :P
3. saya prank my beloved frend (aTIE) masa besday dia kat taman masjid terapung ** main balingbaling tepung **
4. saya dapat lesen P untuk D license
5. dapat drift TBC mama harihari ** HAHAHA **
6. terjumpa apek pakai baju biru  * auww,BHAHAHA*
7. saya dapat bunga dengan dari my bestfren forever ** colour kunim g2 ** & rainbow mafla
8. En love  bagi saya jersey terengganu yang di beli di shah alam
9. terengganu dapat julang PIALA FA
10. bagi En love a simple present untuk pakai di hari raya
11. tengok bola kat skrin beso di I-CITY shah alam bersama amir & jaz & kawan2 amir ** hehehe **




11 perkara yang MENYEDIHKAN tahun 2011

1. CGPA saya tak sampai yang di target ** jom nagis samasama **
2. dapat jadi pengganggur terhormat
3. xdapat celebrate besday En love sebab dia keje
4. tak dapat main bowling dengan kawan2 ** siyesly aku tak pernah main bowling **
5. sampai sekarang tak pernah terjumpe dengan en nino
6. banyak kali berabis duit baiki w580i rosak skrin
7. asyik cari gaduh dengan En love
8. terengganu kalah dengan negeri sembilan masa final PIALA MALAYSIA
9. malaysia asyik kalah untuk masuk kelayakan olimpik
10. En love asyik kalah lawan futsal ** frust saya,HAHAHA **
11. lama tinggalkan blog ni bersarang and second blog to release my stress :P



11 aZAM 2011 dan carta pencapaiannya

saya takde azam macam mana nak senaraikan sampai 11??
just pernah terlintas nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah yang lebih baik dari tahun lepas. dan alhamdulillah ada perubahan dari thun 2010..cukup la tuh kan.. EKEKEKE :)






1 cERITA mENARIK tentang 2011

saya belajar walaupun kita ada seorang boyfrend/gurlfrend yang setia dan memahami..insan yang paling penting dalam hidup kita selain ibubapa adalah sahabat.
kerana, bila dah berpisah beribu batu dengan ibubapa dan boyfrend takde orang yang kita cari melainkan sahabat.
sahabat adalah barang paling berharga yang tidak ternilai
hargailah sahabat anda.kerana mereka akan ada di sisi anda walau di dalam kesusahan.




perasaan meninggalkan 2011

tak rasa apa2.
sebab hanya tarikh yang berbeza
namun hari2 yang kita akan lalui itu kita yang akan mencorakkannya




tag 11 blogger lain

Tuesday, November 1, 2011

penyu dibaham dek ruso..

hye
lambat kan aku update blog lepas perlawanan bola PIALA MALAYSIA
maaflah sekarang ni musim hujan
so line pom malu malu kucing nak ada..

PIALA MALAYSIA di sapu oleh negeri sembilan
tahniah buat skuad rusa (=

dan juga sekalung tahniah
buat skuad PENYU walaupun hanya menyandang gelaran naib juara
saya selaku warga TERENGGANU DARUL IMAN amat berbangga di atas usaha anda di hari perlawanan itu
walau apa pun terjadi kami tetap menyokong anda

kami harap tahun depan tuah berpihak kepada kami pula, INSYA ALLAH jika di sertakan dengan usaha
kami mengharapkan agar jurulatih baru skuad penyu
mat zan mat arif
bakal menerajui terengganu dengan penuh kegemilangan dan bakal mengulangi sejarah 2001

p/s: jangan ada pegaduhan untuk next season..
apa apa pom
majulah bola demi terengganu

typing by:
selembutsalju!

Friday, October 28, 2011

peteh ganu peteh



esok malam penentuan antara TERENGGANU dengan NEGERI SEMBILAN
kami warga skuad PENYU akan memberi sepenuh sokongan padu walaupun dimana jua kami berada ;)
takpe takpe..sesiapa yang berkesempatan ke sana harap memberikan sokongan moral yang terbaik
moga tiada kekecohan dan perkara yang tidak di ingini berlaku disana

saya agak terkilan milan kerana tidak dapat menyaksikan secara LIVE di STADIUM SHAH ALAM
kerana harga tiket yang agak MAHAL dan
ALMAKLUM la pempuan mana boleh kuo melepak malam2..haissh kalu ada kt PUNCAK ni
skrin besar la jawabnya takpom stadium terus..HAHAHA!

p/s: awak pergi sana jaga diri taw ;)

typing by
selembut salju

Sunday, October 2, 2011

hewppy besday to yOu!

selamat ulang tahun yang ke dua
buat kamoo
si blog

kepada cik owner..
teruskan berkarya


hewppy besday to yOu
bernafas dalam ego

dah like xakan taknak buka
dah buka xakan taknak follow
dah follow xakan taknak komeng
dah komeng owner mesti cakap...

terima kasih banyak2 lenkali singgah lagi
;)

yang sangat obses terhadap blog hitam
~selembutsalju!~

Sunday, August 14, 2011

10th ramadhan


ok oleh kerana saya sudah membeli barang barang
maka bermula episod memasak saya..

cornflakes madu siap di bako
kita bako je..









bila nak mkan..
rasanya not bad! but bawahnya dah hangus..hahahhahah!!!

p/s: cuba bersabar lagii bila memasak..kwang2

yang berpuasa:
selembutsalju :)

9th ramadhan


ok ok hari ini saya telah di tugaskan untuk beli barang2..
ok ok rasanya saya yang rela hati mau pergi mencari barang2
sudah memebeli di sabasun hyperuncit bukit kecil di bahagian bawah
saya pom naik ke atas nak cari barang apa apa yg patut
setelah itu saya terjupe 1 kotak yg chomeyy
lagipom saya ada belikan sumthings utk awak
ok oleh kerana terlalu kemalasan untuk membalutnya..


taaaaaddddaaaaaa!


cepat cepat la datang amik..
lambat lambat saya jual kang!hehe

setia menunggu
selembutsalju!

8th ramadhan

hewppy besday to yOu!
bertambah satu angka di setiap tahun
maka makin dekat la seseorang dengan kematian
hari ini hari jadi ke 51 my mum

selamat hari lahir mama!
sorry xde sambutan pom
but thanks sebab dah besarkan kakak dan adik
terima kasih atas setiap
doa mama setiap kali solat untuk anak2
thanks a lot mama
;)



also besday my friend
asmaliza zakaria

she is my classmate dari sem 1 sapai sem 6
she is a clever girl compare wiff me yg xberapa nak pandai kn..haha
dia juga teman practical saya
kebiasaanya kalu dah berpisah pom stay tempat yang sama but shift lain lain
so kitOrg rapat kat tempat practical
aku dOakan ko cepat cepat kawen..haha


okkeyh cukup la disini sahaja aku merapu plus plus plus..
typing from my heart+lungs+liver
~selembutsalju~

Monday, August 8, 2011

7th ramadhan

hari ini besday ilia fatah
my ex housemate masa sem 5
besh duk serumah dengan dia
riuh je ..sempoi..masa dah nak exam kita studyy sama sama
(=
gudLuck in ur lifee mekya

and also besday
norfarhana mohamed..also we call her ana


she is my classmate dari sem 1 sapai sem 6
she is a clever girl compare wiff me yg xberapa nak pandai kn..haha
dia ni ada geng..ok seme lam klas tu hidup bergeng geng
majoriti geng dia orang kelate huhu
dia baik sangat
besh kawan ngan dia
aku dOakan ko cepat cepat kawen..haha



p/s: igt lagi x kita mkn kek choc bawah pohon depan r6?
kat pohon tu berlmabak ulat beluncas yg beso beso yg nak jadi kepompong
:: memory is my bestfriend when we all separated ::

okkeyh cukup la disini sahaja aku merapu plus plus plus..
typing from my heart+lungs+liver
~selembutsalju~




Sunday, August 7, 2011

6th ramadhan

alhamdulillah
diri ini masih bernyawa
6 hari sudah berlalu tinggal hanya
23 hari lagi untuk menunaikan ibadah puasa

hari 1st day dalam bulan ramadhan
dia outstation ke kota bharu
whOaa sangat jauh maa
ok sekarang baru aku rasa ape dia rasa selama ni
dulu time aku studyy aku yang tinggalkan dia kt kampOng
aku tak rasa pape pom
niat g sana nak stdyy
tempat studyy ibarat rumah kedua buat aku
and now dia tinggalkan aku kt kampOng
tetiba rasa sunyi jap..hahaha
kalu dekat pom bukan leh jupe pom!sebulan sekali jugak kau pergi dating! ok fine!! hehe

disini saya setia menunggu..
kepulangan mu kerana saya ada nak bg sumthings utk kamoo
harap kamu suka lah yer.. (=

hati hati keje kat sana
jangan nakal2..
mish yOu sikit sikit je
sebab ni bulan ramadhan..haha
moga hidupmu sentiasa bahagia dan di limpahkan berkatNYA
insya allah

typing by
~selembutsalju~

Friday, August 5, 2011

5th ramadhan

hari ini jumaat
tiap tiap pagi kebiasaanya
mama akan menggunakan khidmat saya untuk membawa Tbc
ke pasar borong depan rumah

on the ways kat traffic light nk u turn balik
tetiba napak sebuah van
yang pintu pemandu nya terbuka luas
okkeyh saya dah agak sumthings
dan tekaan saya betOl
ni pics yang saya sempat snap semasa
traffic light tu merah





kaca cermin depan van tu bertaburan pecah
kejadian berlaku saya tak tahu apa puncanya






ternampak sebijik beg baju
mungkin ada yang pulang ke kampung
untuk bersahur dan berbuka bersama keluarga di kampong






bila traffic light dah hijau
baru perasaan rupa rupanya
van itu accident dengan sebuah proton saga
tapi tak sempat dah nak snap
saya tengah drive nk buat u turn

proton saga tu hanya kemik di bahangian belakang
tu pom sempat tengok sekilas je
masa traffic light merah
ada kereta sebuah yang menghalang dari nampak kereta saga di hadapan
lagipom mata hanya terarah kepada van yg telah remuk cerminnya
takziah kepada keluarga mangsa


p/s: hati hati dijalan raya
hargai nyawa hanya
kerana ia tiada galang gantinya..


driving by
~Tbc selembutsalju~

Thursday, August 4, 2011

4th ramadhan


sudah 4 hari berlalu
dan empat hari juga umat islam telah menunaikan
rukun islam yang ketiga
iaitu berpuasa pada bulan ramadhan

ok hari ini kami sekeluarga berbuka dengan tetamu
oppps
tetamu ke??

tetamu lah jugak ye
datang nak amik baju
alang alang menyelam baik pergi cari udang sekali kan
tak gitu?haha

alang alang dah petang baik
berbuka bersama kan..haha
ok
dengan ini saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih keranasudi datang jauh2
untuk berbuka bersama dan membawa sedikit buah tangan
ohh so sweeet!
ok ok dah jangan nak over


typing by
selembutsalju



p/s: adik beradik..
abg ngah dan sidia dan kawang2nyer